Klinik Pergigian Bergerak 1 Malaysia


Majlis pelancaran Klinik Pergigian Bergerak 1 Malaysia (KPB1M) telah berlangsung pada 24 Mei 2012 di Kuala Lipis, Pahang. Diresmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia. Ianya merupakan sumbangan1 Malaysia Development Berhad (1 MDB) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Merupakan model pertama yang dilengkapi dengan lif kerusi roda bagi kemudahan warga emas dan orang kurang upaya. 




Skop perkhidmatan Bas 1 Malaysia diperkembangkan kepada penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman seperti perkampongan tradisional, penempatan orangasli, felda dan ladang-ladang.


Selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang berkonsepkan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan maka golongan seperti ini tidak diabaikan.





Dengan wujudnya perkhidmatan klinik pergigian bergerak 1 malaysia isu penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada golongan penduduk luarbandar dapat diatasi disamping memenuhi keperluan pembangunan Rancangan Malaysia untuk meningkatkan taraf kesihatan penduduk Malaysia.

Comments