KLINIK PERGIGIAN PAKAR HOSPITAL KUALA LIPIS, PAHANG








Klinik Pergigian Pakar di Kuala Lipis  mula beroperasi pada 2hb Jun 2014. Klinik ini amat diperlukan untuk menangani kes-kes pembedahan oral dan rujukan kes-kes kemalangan yang melibatkan kecederaan dan fracture di bahagian muka dan mulut. Lokasi klinik ini yang strategik menjadi laluan antara Kuala Lumpur dan Kota Bharu melalui laluan bahaya di Bukit Tujuh.


Kemudahan rawatan yang disediakan termasuklah:
·         Menyediakan perkhidmatan kepakaran bedah mulut kepada pesakit in-patient dan pesakit yang dirujuk untuk kecederaan dan ‘abnormalities’ di kawasan muka dan rahang dengan segera.
·         Menyediakan rawatan rekonstruktif oral dan kawasan maxillofacial serta dental implant surgery.
·         Menyediakan rawatan untuk kes-kes pesakit yang mengidap tumours dan cyst di bahagian rahang.
·         Sebahagian daripada ‘team specialists’ di hospital untuk memberikan rawatan khas kepada pesakit







Pembinaan Klinik Pergigian Pakar ini melibatkan beberapa pengubahsuaian Hospital Kuala Lipis. Diantaranya adalah:
·      Kerja Pengubahsuaian Wad Bunga raya/wad Melur Klinik Pergigian Pakar & Klinik Luar Pakar tahun 2012 berjumlah RM460,620.00
·         Pembaikan kecil BP0600 tahun 2013 Hospital Kuala Lipis berjumlah RM147,186.00
·         Kerja-kerja melibatkan Klinik Pergigian Pakar dan Klink Pesakit Luar Orthopedik Hospital Kuala Lipis.
·     Perolehan peralatan Pergigian di bawah peruntukan pembangunan Bahagian Kesihatan Pergigian tahun 2013 negeri Pahang berjumlah RM917,400.0







Comments

Post a Comment