BANJIR 2014 PAHANG



Banjir besar yang melanda pantai timor melibatkan negeri  Terengganu, Kelantan dan Pahang. Banjir bermula dengan hujan lebat yang mulai turun pada 23hb Disember 2014. 


Daerah yang teruk dilanda banjir di negeri Pahang termasuklah daerah  Kuala Lipis, Jerantut, Kuantan, Maran, Temerloh  dan Pekan. 
 

 Ribuan penduduk yang terjejas banjir dan menjadi mangsa termasuklah sebahagian daripada anggota pergigian. Kebanyakan mereka terkandas dan tidak kurang juga yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir.
Antara fasiliti pergigian yang dinaiki air adalah KP Temerloh, KP Chenor dan KP Kuala Krau.













Banjir kali ini memakan masa yang agak lama untuk pulih. Kawasan yang dilanda banjir menyeluruh dan bukan  sahaja kawasan yang rendah  malahan menyeluruh samada di luar bandar atau di bandar. Lebuh raya persekutuan juga tidak terkecuali. 



Banjir yang melanda menjangkau dua minggu  dan  menyebabkan banyak kerosakan harta benda termasuk aset dan fasiliti pergigian.

Pasca banjir tidak hanya melibatkan anggota pergigian yang membersihkan fasiliti mereka malah pihak agensi  luar seperti bomba, tentera, JPAM  dan badan sukarelawan turut sama memberi  bantuan.  







 


 
Bagi membantu negeri jiran yang terlibat teruk dengan banjir,  Bas 1 Malaysia Kuala Lipis turut sama digerakkan ke KP Dabong, Kelantan bagi membantu mangsa banjir di negeri  itu.


Comments